My Add

Thursday 15 December 2011

Permohonan kerajaan tangguh serah harta RM32 juta ditolak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
MAHKAMAH Tinggi di sini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perintah penyerahan harta bernilai lebih RM32 juta kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan lapan yang lain.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan pada prosiding 4 November lepas.

Dalam keputusannya hari ini beliau ,berkata hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Robert Pasang Alam adalah tidak berasas dan tiada sebab khas untuk melakukan penangguhan itu.

Ghazali berkata, jumlah harta bukanlah isu berat untuk mahkamah memihak kepada pemohon tetapi demi keadilan kepada pihak-pihak berkenaan.

"Hujahan pihak pendakwaan adalah tersasar dan gagal menunjukkan keadaan khas bagi melaksanakan penggantungan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment