My Add

Thursday 15 December 2011

TNB boleh ubah kerugian jika mekanisme kongsi kos disetujui

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
TENAGA Nasional Bhd (TNB) boleh mengubah kerugian lepas, sekiranya cadangan mekanisme perkongsian kos yang dipersetujui baru-baru ini oleh kerajaan, diselesaikan pada Januari, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

"Jika tidak, suku pertama akan lebih mencabar,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di sini, hari ini.

Beliau berkata, Petronas ketika ini sedang mengaudit angka TNB dan berharap syarikat itu akan menerima sebahagian daripada wang itu segera, bagi melegakan paras aliran tunai.

Che Khalib juga berkata, TNB sedang berusaha mencari penyelesaian muktamad bagi masalah kekurangan gas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment