My Add

Sunday 11 December 2011

Penyenaraian Felda Global untungkan peneroka

MELAKA, AHAD, 11 Disember, 2011:
USAHA kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.

“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.

“Saya sudah sebutkan tadi, ada empat fasa transformasi Felda, pertama, daripada hutan kita jadikan ladang, kedua, daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara,” katanya. - MM

No comments:

Post a Comment