My Add

Monday 5 December 2011

Pilih calon boleh berkhidmat

RAIS sambil diiringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Norhayati Ismail (tiga dari kanan) dan Masnah Rais (kanan) bersalam dengan kakitangan pada Pesta Sukan RTM 2011 di Politeknik Merlimau, Melaka, semalam. NORIZAN ABDUL MUHID


JASIN, ISNIN, 05 Disember, 2011:
CALON boleh menang Barisan Nasional (BN) yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada calon muda atau muka lama haruslah diterima oleh semua penyokong parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang lebih penting calon boleh menang BN itu boleh berkhidmat kepada masyarakat berbanding faktor usianya yang muda atau muka lama.

''Kalau muda saja pun tetapi tidak diterima masyarakat, bagaimana? Kalau yang lama pun tak diterima masyarakat, bagaimana? Jadi khidmat itu yang penting," katanya k etika merasmikan Pesta Sukan RTM 2011 di sini semalam.


NORIZAN ABDUL MUHID melaporkan seramai 800 warga agensi itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia dari seluruh negara menyertai program itu yang bermula semalam hingga 7 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 semalam menyatakan BN akan meletakkan lebih ramai calon muka baru di kalangan orang muda yang memenuhi kriteria calon boleh menang pada PRU13.

Selain itu, kata Rais, pesanan Perdana Menteri harus dihormati dan beliau meminta wakil rakyat yang tidak dicalonkan bertanding pada pilihan raya nanti agar tidak berkecil hati.

''Sebab ini adalah khidmat dan khidmat terletak pada penilaian masyarakat dan setiap khidmat itu ada tempohnya.

''Bagi tempoh yang tidak disambung, alhamdulillah, ia harus diiktiraf dan dihormati," katanya.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wakil rakyat yang terpilih untuk dicalonkan nanti perlu berkhidmat dengan lebih baik dan memberi kemenangan mutlak kepada BN pada PRU13. - UM

No comments:

Post a Comment