My Add

Wednesday 21 December 2011

PM bincang isu kelewatan laksana projek

PUTRAJAYA, RABU, 21 Disember, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan satu mesyuarat khas pada Januari 2012 bagi membincangkan isu kelewatan pelaksanaan projek pembangunan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, mesyuarat yang akan diadakan pada pertengahan bulan itu akan melibatkan semua ketua setiausaha kementerian.

Kata beliau, ia supaya kerajaan dapat memastikan apakah faktor utama penghalang kepada pelaksanaan pembangunan yang berlaku pada tahun ini dan sebelumnya.

"Antara perkara yang akan disentuh nanti ialah berkaitan isu kelulusan tanah, kelulusan bangunan dan kelulusan daripada kerajaan negeri.

"Ia penting kerana permintaan dalaman ini termasuk perbelanjaan kerajaan adalah elemen penting untuk memastikan pertubuhan ekonomi negara mencapai sasaran walaupun ekonomi dunia tidak capai atau jauh daripada unjuran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Amanah AIM, Datuk Amihamzah Ahmad dan Presiden Peyatim, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor.

Pada majlis tersebut kedua-dua pihak bekerjasama untuk membeli dan mewaqafkan sebidang tanah seluas hampir 130 hektar di Setiu, Terengganu yang berharga RM380 juta untuk dijadikan institusi pengajian tinggi bagi kegunaan anak-anak yatim.

Program itu akan dilaksanakan melalui penyertaan ahli AIM yang boleh mewaqafkan wang sekurang-kurangnya RM30 untuk membeli tanah tersebut seluas satu kaki. Selain itu, ia turut dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia untuk terlibat sama berwaqaf.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, kerajaan masih berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pertubuhan ekonomi sebanyak enam peratus sebelum hujung tahun ini.

Katanya, ia berdasarkan pencapaian kerajaan mencapai pertubuhan sebanyak 5.8 peratus pada suku ketiga tahun ini.

"Kita dapati perbelanjaan pada tahun ini bagi suku tahun pertama dan kedua agak perlahan. Bagaimanapun pada suku tahun ketiga baru nampak perbelanjaan sebenar dan kita jangka suku tahun keempat ini pembangunan akan memuncak sekali gus mencapai sasaran lima hingga enam peratus," katanya. - UM

No comments:

Post a Comment