My Add

Tuesday, 6 December 2011

PPP mohon tanding di Kota Laksamana

MELAKA, SELASA, 06 Disember, 2011:
PARTI Progresif Penduduk (PPP) negeri menyuarakan hasrat agar Barisan Nasional (BN) negeri memberi pertimbangan untuk meletakkan satu calonnya bertanding buat pertama kali di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, PPP bercadang untuk meletakan Pengerusinya, Senator Datuk Chiw Tiang Chai sebagai calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana yang dimiliki oleh DAP.

Menurutnya, hasrat PPP itu akan dibawa pada mesyuarat BN negeri tidak lama lagi memandangkan kerusi DUN berkenaan adalah milik MCA.

‘‘Permohonan PPP itu perlu dibincangkan dengan MCA secara keluarga kerana sejak dulu lagi kerusi itu memang menjadi milik mereka.

‘‘PPP pula meminta untuk diberikan peluang bertanding setelah mereka melihat calon MCA tidak pernah menang di DUN tersebut. Bagi saya, jika calon PPP boleh menang mengapa tidak peluang itu diberikan kepada mereka,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd. Ali menegaskan, hasrat PPP itu bukan sebagai kata pemutus calon daripada parti tersebut boleh bertanding pada pilihan raya umum nanti. - UM

No comments:

Post a Comment