My Add

Monday 19 December 2011

'Program Balik Ke Sekolah'

 
ROSNAH Abdul Rashid Shirlin menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran Program Balik Ke Sekolah dan Skuad Gagasan 1Malaysia di Pontian, semalam.


PONTIAN, ISNIN, 19 Disember, 2011:Puteri UMNO negeri melancarkan Program Balik Ke Sekolah dan Skuad Gagasan 1Malaysia bersempena Karnival Rakyat 1Malaysia di pekarangan perhentian bas dan teksi lama bandar Pontian, di sini semalam.

Pelancaran tersebut disempurnakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dalam satu majlis ringkas.

Rosnah berkata, tujuan program tersebut bagi meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah.

"Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, pergerakan Puteri UMNO berharap dapat membantu. Pasti kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak terbabit dan mereka lebih bersemangat meneruskan alam persekolahan.

"Program ini adalah salah satu aktiviti kita dalam menyumbang dan mendekatkan diri dengan masyarakat," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan hari ini.

Mengenai skuad tersebut, beliau berkata, tujuan penubuhan adalah sebagai perantara antara sayap UMNO itu dengan rakyat mengenai dasar dan konsep 1Malaysia.

Jelasnya, mereka akan memberi kefahaman lebih jelas tentang produk-produk 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Perumahan 1Malaysia dan sebagainya.

"Selain itu, setiap agenda yang akan diketengahkan kerajaan akan kita terangkan kepada rakyat dengan teliti dan menyeluruh agar dapat difahami dengan jelas," katanya.

Menurutnya, perkara itu sangat penting kerana pihak pembangkang sering kali cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai dakyah dan tohmahan.m- UM

No comments:

Post a Comment