My Add

Saturday 10 December 2011

Rakyat perlu jaga kesihatan, amal gaya hidup baik

PAPAR, SABTU, 10 Disember, 2011:
SETIAP individu mesti serius menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang baik bagi membolehkan mereka menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 

"Kerajaan begitu serius berusaha menangani penyakit berbahaya dan meningkatkan komitmen untuk memberi perkhidmatan menyeluruh meliputi pencegahan, rawatan, penjagaan, sokongan dan melindungi hak asasi rakyat.

"Oleh itu, saya berharap supaya rakyat mengambil peluang dalam program anjuran kerajaan demi kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan bersama," katanya ketika merasmikan Karnival 3S (Sihat, Sejahtera dan Selamat) Peringkat Negeri Sabah 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat perlu mengubah sikap dan meningkatkan disiplin terhadap amalan kesihatan dalam kehidupan seharian. 

Mengenai karnival itu, Musa berharap komitmen semua pihak dapat dipertingkatkan serta diperluaskan ke bahagian dan daerah lain dalam usaha membentuk masyarakat yang sihat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment