My Add

Saturday 10 December 2011

Karnival hijau tingkat kesedaran kekalkan kelestarian alam

GEORGETOWN, SABTU, 10 Disember, 2011: KARNIVAL ke arah kehijauan adalah inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengekalkan kelestarian alam semulajadi untuk kehidupan selesa pada masa depan. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris, berkata karnival tiga hari itu bermula semalam anjuran persatuan itu, memperkenalkan teknik kehidupan lestari, kaedah menghasilkan produk organik serta panduan isi rumah dan kesihatan diri ke arah masa depan yang lebih hijau, sihat dan selamat.

"Karnival kali kedua ini juga bertujuan mengetengahkan projek pertanian asli serta produk yang boleh dihasilkan menggunakan bahan organik," katanya dalam ucapan perasmian karnival itu di Kebun Bunga, di sini, hari ini.

Sebanyak 13 gerai yang terdiri daripada pelajar sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan petani dan penternak mengambil bahagian untuk mempamerkan tumbuhan herba, benih, sayuran organik, roti, susu kambing, ayam organik, baja asli, pencegah serangga berasaskan herba serta minuman herba. 

Hasil jualan gerai pelajar sekolah akan disalurkan untuk dana Sahabat Alam Malaysia (SAM) bagi membiayai aktiviti pemulihan alam sekitar dan program kitar semula. 

Selain itu, pengunjung karnival hijau bertemakan "Peliharalah Alam Semula Jadi Untuk Menjamin Masa Depan Kita" juga akan diperkenalkan dengan kaedah membuat kompos dan cecair pencegah serangga yang dihasilkan daripada herba. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment