My Add

Thursday 15 December 2011

Saya nak lihat kerja MRT dikendali rakyat tempatan: Mahathir

SHAH ALAM, KHAMIS, 15 Disember, 2011:BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau lebih suka sekiranya syarikat tempatan yang mengendalikan kerja-kerja pengorekan terowong Transit Aliran Massa (MRT) kerana ia boleh meningkatkan keupayaan dan kepakaran kejuruteraan tempatan.

Dilaporkan yang beberapa syarikat asing telah membida untuk kerja-kerja terowong MRT termasuklah syarikat dari China, Korea Selatan dan Jepun serta konsortium tempatan MMC-Gamuda, yang telah menunjukkan keupayaan mereka dalam pembinaan terowong-terowong Smart dan Lingkaran Pencala.

Pembuatan terowong ialah sesuatu yang baharu dan kompleks, dan memberikan kontrak itu kepada syarikat tempatan akan menyediakan syarikat tempatan dengan kepakaran kejuruteraan, kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Latihan Penerowongan MMC-Gamuda di Kota Kemuning di sini hari ini.

Beliau berkata, beliau faham yang jika syarikat tempatan mendapat kerja-kerja itu, ia turut memainkan peranan dalam pembinaan mesin penggerekan dan ini akan memberikan peluang yang baik untuk memiliki pengetahuan kejuruteraan dalam bidang yang biasanya tidak ada di Malaysia, dan tidak banyak negara mempunyai kemampuan ini.

Ditanya mengenai peluang MMC-Gamuda mendapatkan kerja-kerja ini, beliau berkata: “Syarikat-syarikat ini adalah antara syarikat yang mempunyai pengalaman membina terowong SMART serta Pencala, saya rasa Pencala adalah antara terowong rekaan terbaik, malah, apabila mendekatinya, ia nampak amat cantik.

"Jadi, saya rasa mereka mempunyai peluang baik.” katanya.

Beliau menambah: “Mengenai siapa yang akan membinanya, itu akan diputuskan oleh kerajaan, tetapi jika saya ada cara saya, sudah pasti, saya ingin lihat ia dilakukan oleh rakyat tempatan.” - BERNAMA

No comments:

Post a Comment