My Add

Thursday 15 December 2011

Terpulang Khazanah buat keputusan pembeli terbaik Proton

SHAH ALAM, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, terpulanglah kepada Khazanah Nasional Holdings Bhd. untuk membuat keputusan siapakah pembeli paling sesuai bagi kepentingan besar dalam syarikat pembuat kereta Proton Holdings Bhd.

Beliau mengulas laporan yang peserta automotif yang lain seperti Kumpulan NAZA dan Sime Darby turut berminat untuk mengambilalih 42.7 peratus kepentingan Khazanah dalam Proton.

Sebelum ini, dilaporkan yang Khazanah, cabang pelaburan kerajaan, akan menjual kepentingannya kepada DRB-Hicom, satu langkah yang nampaknya mendapat restu daripada Dr. Mahathir.

Ia merupakan bida terbuka dan Khazanah akan menilai manakah yang terbaik untuk masa depan Proton, kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Tunnelling Training Academy MMC-Gamuda di Kota Kemuning di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata: “Apa yang penting ialah Proton harus menunjukkan prestasi baik selepas ini dan keupayaan mereka yang boleh meningkatkan Proton harus diambilkira.” - BERNAMA

No comments:

Post a Comment