My Add

Monday 26 December 2011

Ramasamy bercakap hanya untuk kepentingan dirinya: Rayer

GEORGETOWN, ISNIN, 26 Disember, 2011: Pergeseran di kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang masih belum reda dan hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menyifatkan kritikan Timbalan Setiausaha Agung parti itu, P Ramasamy terhadap parti dan pemimpin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Rayer amat kesal dengan perbuatan Ramasamy itu yang menunjukkan bahawa beliau (Ramasamy) tidak langsung menghormati kepimpinan parti seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Dr Chen Man Hin

(Penasihat Seumur Hidup). "Ia menggambarkan sikap angkuh beliau," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta Ramasamy meletak 
jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana melanggar arahan Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu yang melarang ahli membuat kenyataan terbuka menentang pemimpin. 

Rayer menafikan sekeras-kerasnya beliau ada meminta projek serta keistimewaan daripada Ramasamy walaupun namanya tidak disebut dalam dakwaan yang dibuat oleh Ramasamy sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment