My Add

Monday 5 December 2011

Nik Aziz mahu bertanding pilihan raya umum akan datang

KOTA BHARU, ISNIN, 05 Disember, 2011: 
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata, tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan UMNO. Saya tak kisah pun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah Pas menyamakannya sebagai nabi.

Katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur. – Bernama

No comments:

Post a Comment