My Add

Monday 21 May 2012

2 sahabat dipenjara 5 tahun

KUALA TERENGGANU ISNIN, 21 Mei, 2012: Dua sahabat hanya mampu menitiskan air mata sebaik dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merompak seorang warga emas berusia 63 tahun awal bulan ini.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Habibullah Wan Mohd Zain, 27, dan Yusaimi Yusoff, 38, masing-masing dari Besut selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang di kandang tertuduh terkejut sebaik mendengar keputusan berkenaan dan gagal mengawal sebak apabila dilihat menyeka air mata ketika keluar dari kandang tertuduh.

Malah, suasana hiba menyelubungi galeri mahkamah apabila kedua-dua tertuduh menemui keluarga mereka yang berada di galeri mahkamah.

Kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan ia kesalahan pertama dan sudah insaf selain mendakwa perlu menanggung ahli keluarga mereka. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Metro

No comments:

Post a Comment