My Add

Wednesday 2 May 2012

2,214 murid miskin, luar bandar diterima ke SBP

BATU PAHAT, RABU, 2 Mei, 2012: Seramai 2,214 murid daripada keluarga miskin yang mendapat 3A, 2B dan murid luar bandar memperoleh keputusan 4A, 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dipilih memasuki sekolah
berasrama penuh (SBP) tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peluang yang diberikan itu bertujuan membolehkan mereka bersaing dengan lebih adil dalam merebut tempat untuk belajar di sekolah berkenaan.

"Berbanding murid-murid lain, golongan ini tiada kemudahan tuisyen, capaian Internet malah, guru-guru cemerlang juga sukar untuk sampai ke pedalaman. Saya difahamkan ada guru agama yang terpaksa mengajar bahasa Inggeris kerana kekurangan guru.

"Bagaimanapun, kita akan pastikan mereka dapat bersaing dengan rakan yang mendapat 5A. Kita akan berikan motivasi dan bimbingan tambahan supaya mereka dapat bersaing," katanya selepas merasmikan majlis pendaftaran 170 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sains Batu Pahat yang mula beroperasi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment