My Add

Monday 7 May 2012

25 lagi gambar individu merusuh disiar


Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu
Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Polis hari ini menyiarkan 25 lagi gambar individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan hingga menimbulkan huru hara di ibu negara 28 April lalu, untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga orang telah disiasat selepas 91 keping gambar individu disiarkan sebelum ini, dan mereka telah dibebaskan sebaik saja siasatan selesai.

"Polis telah menerima maklumat menggalakkan daripada orang ramai dan maklumat berkenaan dianalisis untuk tujuan pengesahan sebelum tangkapan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berhubung individu itu kepada polis atau berhubung terus kepada ASP Azmi Aziz melalui e-mel azmiaziz@rmp.gov.my atau menghubungi talian 019-2602344 dan 019-3872344. - BERNAMA 



No comments:

Post a Comment