My Add

Monday 7 May 2012

MOSTI sediakan 97 geran e-Kandungan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan 97 geran e-Kandungan menerusi Dana e-Kandungan kementerian berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata RM109 juta sudah diagihkan untuk 97 geran sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Terdapat 258 permohonan, namun hanya 97 yang berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan video DVD pertama yang dikeluarkan membabitkan Perakauan Forensik Untuk Mengesan Penipuan “The Numbers Games" di sini hari ini.

Fadillah berkata video DVD itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat.

"Kementerian atau agensi yang berkaitan yang patut terlibat dalam pembelian, promosi dan pengedaran video DVD ini kepada orang ramai, jabatan dan unit masing-masing terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Intigriti Malaysia dan semua kementerian dan agensi.

"Ia merupakan pembangunan kandungan mudah yang boleh meningkatkan kesedaran dan boleh mencegah rasuah," katanya.

Penerit video DVD itu, Richmond-On-Thames, menerima geran eKandungan bejumlah RM326,000, yang digunakan sepenuhnya, dan menambah wang poket sendiri bagi menanggung perbelanjaan tambahan.

Pengarah Eksekutif Richmond-On-Thames Mary Lazarus Gill berkata video DVD itu unik memandangkan tidak ada vesi DVD mengenai perakaunan forensik untuk pengesanan penipuan yang pernah diterbitkan walaupun terdapat pelbagai jenis buku yang menceritakan tajuk yang sangat kompleks itu.

Video DVD yang mengandungi 12 modul itu, yang dijual pada harga RM330, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mudah menggunakan bahasa biasa bagi memahami alam penipuan, mengenal pasti bahaya dan lebih peka terhadap penipuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment