My Add

Monday 14 May 2012

250,000 meriahkan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66

Oleh Norakmah Mat Youb dan Nur Hamizah Muhamad
KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Lebih 250,000 pengunjung berbilang kaum membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 yang diadakan selama tiga hari, berakhir semalam. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata daripada jumlah itu, 70 peratus pengunjung adalah golongan muda sekali gus membuktikan golongan terbabit semakin menerima parti berkenaan.

“Sasaran yang kita tentukan khususnya bagi menarik golongan muda sudah tercapai. Ini membuktikan hasrat parti bagi memastikan mereka mendalami perjuangan UMNO berjaya,” katanya pada sidang media pada hari terakhir sambutan itu, semalam.

Tengku Adnan berkata, karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah itu juga menjadikan kefahaman golongan muda mengenai perjuangan UMNO semakin jelas, sekali gus membetulkan tanggapan yang salah terhadap parti itu. 

Beliau berkata, dengan sambutan memberangsangkan itu, UMNO akan meneruskan pelbagai aktiviti mendekati golongan itu supaya persepsi buruk terhadap parti dapat dihapuskan. 

“Dakwaan mengata golongan muda tidak menyukai UMNO adalah tidak benar. Ini hanyalah cubaan pembangkang sebagai usaha menjauhkan golongan itu mendekati UMNO,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya yakin golongan muda kini semakin berani mendekati dan menerima perjuangan Barisan Nasional (BN) berikutan aktiviti yang dirancang menepati kehendak mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment