My Add

Monday 14 May 2012

Penyakit tidak berjangkit serius - Dr. Hassan

PUTRAJAYA, AHAD, 13 Mei, 2012: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, obesiti, diabetes dan kanser menjadi ancaman kesihatan terbesar kepada negara berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lalu.

Ia turut menunjukkan terdapat peningkatan serius penyakit berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, tinjauan NHMS mendapati kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi atau darah tinggi dan 2.5 juta menghadapi masalah obesiti.

Menurutnya, keputusan tinjauan tersebut berada pada tahap yang amat membimbangkan kerana masyarakat di negara ini belum sedar mengenai risiko penyakit dialami dan menganggap ia hanya perkara remeh.

"Bagi membendung masalah ini dari berterusan, Kementerian Kesihatan akan menganjurkan 88 siri program kesihatan ke seluruh negara demi memastikan rakyat mendapat pendedahan dan kemudahan bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment