My Add

Saturday 19 May 2012

3.3 juta peluang pekerjaan menerusi program transformasi kerajaan

MUAR, SABTU, 19 Mei, 2012: Belia negara ini diminta mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi program transformasi kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak daripada peluang pekerjaan itu
terdapat dalam 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti minyak dan gas.

"Dalam tempoh lapan tahun ini, banyak peluang pekerjaan baru disediakan oleh 
kerajaan dan untuk itu, belia perlu ada kemahiran yang sesuai bagi membolehkan pekerjaan itu diisi," katanya. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh berkata 
demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya Institut Kemahiran Belia Negara 
(IKBN) Pagoh di sini.

Beliau berkata. IKBN dan institut kemahiran belia yang lain mempunyai peranan 
penting dalam menyediakan golongan belia negara ini dengan pelbagai kemahiran 
yang diperlukan sektor pekerjaan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment