My Add

Saturday 19 May 2012

Tawfiq terima anugerah Pemimpin Belia Berjasa Negeri Sabah

TAWAU, SABTU, 19 Mei, 2012: Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dipilih penerima anugerah Pemimpin Belia Berjasa Negeri Sabah sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri sebagai menghargai sumbangannya dalam pembangunan belia di negeri ini. 

Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas dan bergerak
aktif dalam pelbagai persatuan belia sejak tahun 1970-an, menerima anugerah berkenaan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 belia di Kompleks Sukan Tawau di sini, malam tadi.

Tawfiq, yang menerima wang tunai RM5,000, adalah seorang daripada tokoh belia Sabah yang menerima anugerah dalam pelbagai kategori berdasarkan sumbangan 
masing-masing terhadap pembangunan belia dalam pelbagai bidang. 

Penerima lain ialah Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Datuk Awang Zaini Suntim, 
yang menerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Dr Azwan Awang (Tokoh Belia Kreatif dan Inovatif) manakala Aunugerah Perdana Belia Lelaki dan Wanita masing-masing dimenangi Lim Thein Phin dan Shuraya @ Khairunissa Mantiar. 

Anugerah Perdana Pertubuhan Belia dimenangi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 
Cawangan Sabah manakala Anugerah Merit Kewartawanan diberi kepada wartawan Utusan Borneo di Semporna, Saidin Bashir. 

Penerima anugerah Belia Niaga pula ialah Boldon @ Boldan Samuel, Mohd Sidiq 
Musa dan Mohd Suffri Kanik.

No comments:

Post a Comment