My Add

Friday 4 May 2012

35,000 rakyat Gua Musang sambut PM

GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012 Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke sini hari ini, disambut meriah oleh kira-kira 35,000 rakyat terdiri daripada pelbagai kaum.

Perdana Menteri tiba pada pukul 9.45 pagi bagi memulakan lawatan kerja ke negeri ini termasuk merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik dekat sini.

Beliau diiringi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan seluruh kepimpinan UMNO negeri.

Karnival K1M merupakan program seliaan Jabatan Penerangan untuk mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

Ia bertujuan memperkasa semangat perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di samping memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari, meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadi ejen perubahan dalam komuniti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment