My Add

Saturday 12 May 2012

40 peratus sungai di Selangor tidak boleh digunakan

SHAH ALAM, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Puncak Niaga Holdings Bhd. (PNHB) kini berhadapan dengan cabaran besar bagi memastikan para pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati bekalan air bersih memandangkan sumber air mentah di negeri ini semakin terhad.

Pengerusi Eksekutif PNHB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini kerana lebih 40 peratus sungai-sungai di Selangor kini boleh dianggap 'mati' kerana tidak boleh dijadikan sebagai sumber air mentah untuk kegunaan orang ramai.

"Salah satu daripada sungai 'mati' itu adalah Sungai Klang yang menerima kesan daripada pencemaran akibat pembuangan sisa kumbahan, kilang dan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan sungai sebagai tong sampah.

"Itu sebab kita perlu import sumber air dari negeri lain. Namun, projek itu belum berjalan sebab campur tangan politik. Bagaimanapun, PNHB ambil sikap profesional, mahu tidak mahu kami terpaksa kerja keras untuk memastikan bekalan air kepada pengguna cukup walaupun sumber tidak cukup," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment