My Add

Monday 7 May 2012

422 pengarah syarikat dihalang ke luar negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan nama 422 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh Januari dan Mac 2012 untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP pekerja seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan penguatkuasaan KWSP.

Katanya, ia membuktikan keazaman KWSP melindungi kesejahteraan persaraan ahli dengan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan mengenakan levi dan sivil terhadap majikan serta pengarah syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka.

“Selain itu, sebanyak 160 majikan tidak mencarum telah didenda berjumlah RM155,400 oleh mahkamah di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.

"Sebanyak 255 saman sivil dan 892 kes jenayah telah difailkan di mahkamah terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment