My Add

Friday 11 May 2012

47 mayat nahas Sukhoi ditemui

*KETUA juruterbang awam Sukhoi, Alexander Yablonstev (kiri) dan juruterbang pembantu Alexander Kochetkov (kanan) bergambar bersama pramugari di sebuah lapangan terbang di Jakarta, kelmarin. - REUTERS

Daripada 
SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA 10 Mei - Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, semalam ditemui petang ini.

Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang ini dan menemui bangkai pesawat dan juga mangsa nahas.

"Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara esok (Jumaat) memandangkan proses pemindahan agak sulit," jelas Gagah.

Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.

11 paramugari turut terkorban

Sementara itu seramai 11 daripada 14 pramugari Sky Air yang sempat merakamkan foto bersama di hadapan pesawat Sukhoi Superjet 100 dilaporkan antara anak kapal yang menyertai penerbangan sulung pesawat itu di Indonesia sebelum terhempas di Gunung Salak.

Kesemua 11 pramugari itu ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.

Ogos lalu, PT Sky Aviation menandatangani pembelian 12 pesawat Sukhoi Superjet 100.

Setahun sebelumnya, Kartika Airline melakukan hal serupa untuk membeli 30 pesawat tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment