My Add

Thursday 3 May 2012

70,000 peluang kerja

*NAZIR Hussin Akhtar Hussin (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Steven Seek (kiri) selepas menandatangani perjanjian Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Timbalan Pengerusi REDtone International Bhd., Datuk Syed Ali Alhabshee (dua dari kiri).

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 yang berlangsung di lapan lokasi seluruh negara mulai 11 Mei ini menawarkan lebih 70,000 peluang pekerjaan kepada pengunjung khususnya golongan siswazah dalam dan luar negara.

Pengerusi Sektretariat Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program berkenaan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersemuka secara terus dengan majikan yang mengambil bahagian.

Menurutnya, karnival pada kali ini turut menerima kerjasama daripada Jobs DB Malaysia Sdn. Bhd. dan REDtone International Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment