My Add

Sunday 20 May 2012

85 KR1M di seluruh negara pada akhir 2012

KANGAR, SABTU. 19 Mei, 2012: Sebanyak 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka di seluruh negara sehingga akhir tahun ini, berikutan sambutan memberangsangkan daripada pengguna terhadap kedai itu yang menawarkan harga barangan pada kadar rendah.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, setakat ini sebanyak 36 buah cawangan KR1M telah beroperasi di seluruh negara dan terbaru pembukaan kedai berkenaan di Bintong dekat sini.

"Ini termasuk pembukaan cawangan KR1M di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah pada Julai ini," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian kedai berkenaan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di Bangunan Serbaguna, Mukim Wang, Bintong di sini hari ini.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat membeli barangan pada harga murah dengan MYDIN diberi amanah menjalankan operasi kedai berkenaan.

Menurut Ameer, pihaknya menyasarkan setiap daerah atau kawasan parlimen di setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai seumpama itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment