My Add

Monday 14 May 2012

Akhiny milik Manchester City


*AKHIRNYA...Kapten Manchester City, Vincent Kompany menjulang trofi kejuaraan bersama rakan sepasukan selepas Queens Park Rangers memaksa mereka berhempas pulas sehingga minit terakhir perlawanan di Stadium Etihad, Manchester, malam tadi sebelum menang 3-2 dan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2011-12 selepas kemarau selama 44 tahun. - Foto AFP

MANCHESTER City akhirnya bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menanti 44 tahun, itupun memastikan kejuaraan dengan penuh dramatik apabila Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan beberapa saat sebelum tamat, untuk menewaskan Queen’s Park Rangers, 3-2 di Stadium Etihad, malam tadi.

Dengan tiga mata terakhir itu, City mengumpul 89 mata, mengatasi tetangga yang juga juara bertahan, Manchester United - menerusi perbezaan 8 gol - selepas juara bertahan itu turut menang 1-0 menewaskan Sunderland.

Begitupun, episod duka skuad Roberto Mancini hampir berlarutan apabila QPR mendahului saingan 2-1 pada baki 20 minit sebelum Edin Dzeko mengikat kedudukan dan Aguero muncul dengan rembatan emas beberapa saat sebelum ditamatkan untuk memulakan pesta kejayaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment