My Add

Monday 14 May 2012

Warga Nigeria dihukum gantung kerana edar dadah

ALOR SETAR, ISNIN, 14 Mei, 2012:: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warganegara Nigeria yang didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap James Kamara, 23, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwa raya yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

James yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,810 gram di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, pada jam 9.05 malam 13 September 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam, Nur Sarah Dina Baharudin manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment