My Add

Tuesday 29 May 2012

Asia perlu menjadi penggerak keamanan

*NAJIB menyatakan sesuatu kepada bekas Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie (dua dari kanan) pada persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-26, Keselamatan Pentadbiran dan Orde Asia di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan, Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (kiri). - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Asia perlu ditransformasi untuk menjadi kuasa penggerak keamanan dan keselamatan berbanding sekadar menjadi 'pengguna' keamanan sedia ada.

Menurut Perdana Menteri, Asia juga seharusnya mengambil lebih tanggungjawab terhadap keselamatan serantau daripada bergantung kepada kuasa luar.

“Di samping kita menghargai bantuan daripada rakan negara lain yang telah menyumbangkan kepada kestabilan serantau, Asia perlu berubah menjadi kuasa penggerak keamanan.

“Secara lebih jelas, kita perlu mengukuhkan rangka kerja untuk memastikan keselamatan dan menyisihkan sementara kepentingan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Meja Bulat Asia Pasifik Ke-26, Keselamatan Pentadbiran dan Orde Asia di ibu negara malam ini.

Najib berkata, dalam merangka masa depan Asia, rantau itu perlu mengambil kira dua aspek penting iaitu meluaskan spektrum hubungan serantau dan ia tidak hanya terhad kepada sesuatu isu sahaja.

Kata beliau, keakraban ASEAN perlu dijadikan sebagai contoh dengan tiga teras utama iaitu kestabilan politik, ekonomi dan sosiobudaya dilihat kukuh dan selari.

“Asia tidak boleh berdiri di kaki sendiri. Ia perlu asas yang kukuh dan merangkumi hubungan erat sesama manusia. Keduanya, Asia perlu mengelak daripada persaingan sesama sendiri. Kita juga tidak harus membenarkan konflik dan perebutan kuasa yang akan memecah belahkan kita.

“Kita perlu bekerjasama dan bersyukur kerana kerjasama itu ada di Asia," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment