My Add

Saturday 5 May 2012

Bekas ejen perkapalan kekal digantung

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Hayat seorang bekas ejen perkapalan kekal berakhir di tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh teman wanitanya serta membakar mayat mangsa di sebuah bilik hotel, 10 tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar serta Datuk Hasan Lah.

Kuorum itu berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor tidak terkhilaf ketika memutuskan sabitan dan hukuman mati terhadap Rusman Sulaiman, 45, berdasarkan kepada kekukuhan keterangan ikut keadaan.

Mahkamah menolak rayuannya setelah berpendapat, hakim bicara betul ketika merumuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan yang munasabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment