My Add

Sunday 13 May 2012

Belia kini bersama Barisan Nasional

Oleh HERMAN HAMID
PEKAN, SABTU, 12 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak percaya golongan belia dapat rasakan masa depan mereka cukup cerah di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Perdana Menteri, ini sejajar dengan dasar kerajaan yang amat menitikberatkan pembangunan belia yang dapat dilihat menerusi pelbagai program transformasi.

"Kita buat program transformasi sebab kita nak sediakan peluang. Di Sepanyol dan negara Eropah lain kadar pengangguran begitu tinggi.

"Di negara-negara berlaku Arab Springs adalah disebabkan belia tak dipedulikan, tetapi di negara kita belia faham yang masa depan mereka cukup diberi perhatian," katanya berucap merasmikan Karnival Youth Of Pekan dan Pertandingan Kemahiran Malaysia Sektor Teknologi Automobil di Dataran Pekan di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Urusan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Sementara itu tambah Najib, setiap program belia mesti dirancang mengikut apa yang dekat di hati golongan belia.

"Kalau kita boleh buat apa yang diminati belia maka kita akan dapat mewujudkan hubungan dengan golongan tersebut. Itu yang amat penting dan saya sebagai pemimpin cuba mempelbagaikan jaringan hubungan dengan belia menerusi media sosial," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment