My Add

Monday, 7 May 2012

Bersih 3.0 tidak layak dakwa utamakan aspek moral - The Economist

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Kekasaran dan keganasan para peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak melayakkan pergerakan itu mendakwa mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutamakan aspek moral yang tinggi.

Artikel The Economist keluaran 1 Mei bertajuk ‘It’s that time of year’ tulisan R.C menyatakan, serangan penunjuk perasaan yang menterbalik sebuah kereta polis dan mencederakan kira-kira 20 anggota pasukan keselamatan itu merupakan masalah utama Bersih 3.0.

Justeru, kata artikel tersebut, kejadian itu merupakan satu kelebihan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan pasukan polis yang menjadi mangsa apabila mereka diserang dan dipukul.

“Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga mengakui sesetengah pihak akan berfikir perhimpunan itu telah bertukar buruk akibat tindakan biadab sesetengah peserta,’’ katanya.

Malah menurut artikel itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terpaksa membuat penjelasan ekoran rakaman video yang menunjukkan beliau bercakap dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berdekatan penghadang polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment