My Add

Monday 7 May 2012

Pas pertikai keputusan majlis fatwa

KUALA LUMPUR, AHAD, 6 Mei, 2012: Pas mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatw0a Majlis Kebangsaan yang mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang serta boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa tersebut perlu memahami terlebih dahulu tujuan sebenar perhimpunan Bersih 3.0 diadakan baru-baru ini.

‘‘Saya mahu tanya jawatankuasa yang buat keputusan itu, fahamkah mereka maksud dan tujuan Bersih 3.0 diadakan.

‘‘Sepatutnya mereka kena kaji dan tanya semua pihak tentang apa yang berlaku, bahkan boleh jumpa saya sendiri untuk mendapat gambaran sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh 24 ahli termasuk 14 mufti setiap negeri yang menegaskan tindakan demonstrasi tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment