KUALA TERENGGANU, SELASA, 01 Mei, 2012: Tidak cukup dengan kekecohan dan keganasan yang tercetus pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, pihak pembangkang kemungkinan akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pula selepas ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan Bersih 4.0 menyusul bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dengan adil dan bersih.
Menurutnya, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin diteruskan jika kerajaan tidak membuat perubahan dalam proses pilihan raya seperti yang dituntut pembangkang.
"Kita tengok dulu, kalau dia (kerajaan) tak buat perubahan, media tidak bebas, pilihan raya tipu lagi, daftar polis tidak bersih, kita akan buat lagi (Bersih 4.0)," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu Ke-43 di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Kampung Kubang Lembek, Manir, dekat sini hari ini.
Pas, Anwar perlu nyatakan pendirian
Wartawan Utusan Malaysia, RAJA SYAHRIR ABU BAKAR memetik Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, akidah Xenophon yang jelas bertentangan dengan kehidupan majoriti masyarakat Islam di negara ini tidak melayakkannya menjadi pemerhati perhimpunan berkenaan.
Pas, Anwar perlu nyatakan pendirian
Peranan senator Australia, Nicholas Xenophon yang merupakan seorang anti-Islam dan penyokong perkahwinan sejenis sebagai pemerhati dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu disifatkan sebagai keterlaluan dan membimbangkan.
Wartawan Utusan Malaysia, RAJA SYAHRIR ABU BAKAR memetik Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, akidah Xenophon yang jelas bertentangan dengan kehidupan majoriti masyarakat Islam di negara ini tidak melayakkannya menjadi pemerhati perhimpunan berkenaan.
Justeru katanya, penglibatan Xenophon secara tidak langsung menunjukkan akidah masyarakat negara ini semakin mudah digoncang dan dipermainkan.
"Apakah perlu Xenophon datang tunjuk ajar kita apa yang halal dan haram, orang yang memperlekeh Islam dan kata Islam pertubuhan yang mengamalkan jenayah dan (dia juga) orang yang menyokong perkahwinan sejenis," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.
No comments:
Post a Comment