My Add

Wednesday, 2 May 2012

Bantahan terhadap Bersih meningkat

 *GERAKAN Memartabat Pejuang Negara memegang sepanduk selepasmembuat
laporan polis bagi membantah penganjuran Bersih 3.0 di Seremban, semalam.
                                  Oleh ROZIANAH RISMAN dan THOMAS CHONG
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Mei, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur dan peserta yang mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Suara Anak Muda 1Malaysia, Kelab Mahasiswa 1Malaysia, 4Justice Malaysia dan Kelab Suara UMNO.

Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, pihaknya melihat perhimpunan Bersih 3.0 gagal mencapai matlamat sebenar malah pesertanya dilihat bertindak ganas dan kasar terhadap polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment