My Add

Monday, 7 May 2012

Bilangan anggota sukarelawan bomba akan ditambah

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengiatkan usaha meningkatkan bilangan anggota sukarelawan bomba terutama di kawasan pedalaman dan jauh dari balai bomba bagi membolehkan pelaksanaan 'masa respons' 10 minit untuk sebarang bencana, dicapai. 

Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata sukarelawan bomba akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang mempunyai radius 20 kilometer hingga 30 kilometer dari balai bomba terdekat untuk memberi respons segera kepada kejadian bencana.

"Tidak mungkin kita membina balai bomba di seluruh pelusuk negara dan ini menjadikan bomba tidak dapat bantu mereka (dengan segera) di kawasan pedalaman.

"Disebabkan itulah kita mewujudkan sukarelawan bomba dan akan menambah bilangannya bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dijalankan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Larian Bersama Bomba 2012 sempena sambutan Hari Bomba Sedunia di Dataran Merdeka, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment