My Add

Monday 7 May 2012

Projek tenaga elektrik solar di pulau-pulau Semporna

SEMPORNA, AHAD, 06 Mei, 2012: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, projek bekalan elektrik menggunakan tenaga solar di tujuh buah pulau di Semporna dijangka siap pertengahan tahun depan.

Beliau berkata, projek bernilai RM94 juta yang sedang dilaksanakan kementeriannya itu, akan memberi kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada ribuan penduduk di pulau-pulau berkenaan.

Shafie bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ulang Tahun ke-13 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Semporna, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga AIM Datuk Amihamzah Ahmad, di sini hari ini.

Katanya, untuk sekolah-sekolah di pulau sahaja, projek tenaga elektrik solar berkenaan dijangka memberi manfaat kepada tidak kurang daripada 10,000 pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment