My Add

Monday 21 May 2012

BNM terus didesak ambil tindakan tegas

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Mei, 2012: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak sewajarnya terhadap bank yang dipercayai terlibat menjual maklumat peribadi kepada pihak tertentu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, keadaan itu tidak seharusnya berlaku sekiranya BNM tegas dalam menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, sekiranya benar perkara itu berlaku, BNM dan juga bank yang terlibat telah melakukan penindasan dan penganiayaan terhadap rakyat.

Kata beliau, dakwaan pihak bank menjual maklumat peribadi pelanggan mereka dianggap masalah serius memandangkan ia berkaitan dengan amanah yang perlu dijaga oleh semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

"Kita amat setuju dengan pandangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam perkara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kepercayaan pengguna. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak serius menguatkuasakan peraturan sedia ada," katanya kepada Utusan Malaysia semalam....

No comments:

Post a Comment