My Add

Sunday 6 May 2012

Bukan amalan ATM rampas kuasa - Lt. Jen. Zulkiple

KUCHING, SABTU, 05 Mei, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengambil alih kuasa di negara ini sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim berkata, bukan menjadi satu amalan kepada ATM untuk berbuat demikian hanya kerana kekalahan sesebuah parti politik dalam pilihan raya.

"Itu semua hanya tohmahan mereka yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu menghuru-harakan negara.

"Masyarakat jangan mudah terpedaya dengan khabar angin itu kerana ATM di negara ini bukan seperti tentera di luar negara yang akan merampas kuasa kerajaan sebaliknya kita membantu membangunkan negara bersama kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Rondaan bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment