My Add

Sunday 6 May 2012

Demonstrasi desak Nik Aziz, Exco letak jawatan

MACHANG, SABTU, 05 Mei, 2012: Lebih 1,000 penduduk mengadakan demonstrasi secara aman bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Ainizam Abdul Rahman meletak jawatan.

Desakan tersebut dibuat berikutan kedua-dua pemimpin itu dikatakan sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Demonstrasi dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan berlangsung kira-kira pukul 10 pagi ini di pusat bandar ini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, pihaknya mewakili rakyat Kelantan mahu Nik Abdul Aziz dan Md. Ainizam segera melepaskan jawatan bagi menghormati siasatan berhubung isu penyelewengan air oleh SPRM terhadap mereka.

Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan harus mengambil tanggungjawab dalam kes tersebut kerana rakyat sudah tidak tahan dengan permainan politik mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment