My Add

Wednesday 2 May 2012

Bunuh 3 anak: Bekas pengawal keselamatan ke tali gantung

PUTRAJAYA, RABU, 02 Mei, 2012 Seorang bekas pengawal keselamatan terpaksa menghabiskan hayatnya di tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman membunuh tiga anaknya yang masih di bawah umur, lapan tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak rayuan P. Vellertore, 52, selepas berpuas hati bahawa pembelaannya merupakan penafian semata-mata.

Perayu diwakili oleh peguam-peguam Suzanawati Ismail dan Salim Bashir manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Nur'aini Mohd. Noor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment