My Add

Wednesday 2 May 2012

Pemungut hutang kekal digantung

PUTRAJAYA, RABU, 02 Mei, 2012: Seorang pemungut hutang kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan mengedar heroin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih 10 tahun lalu selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ong Lock Soon yang ketika itu dalam perjalanan ke Sydney, Australia ditahan di KLIA, Sepang selepas pemeriksaan badan yang dijalankan menemui dadah yang dilekat pada lengan dan perutnya menggunakan pelekat.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum menolak rayuan lelaki itu selepas berpuas hati bahawa bukti keterangan kes yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kuat bagi mensabitkan perayu.

Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 11 Ogos 2006 serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 16 November tahun lalu, selamat dan tidak perlu diubah.

Lock Soon diwakili oleh peguam, Datuk V. Sithambaram manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment