My Add

Monday 28 May 2012

DAP lakukan apa sahaja hapus keistimewaan Melayu

JASIN, AHAD, 27 Mei, 2012: Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat kuasa rakan sekutunya, Pas jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan akan dihapuskan.

Pada ketika itu menurut beliau, keamanan yang dinikmati seperti hari ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang perasaan saling menghormati antara kaum.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika mereka berkuasa.

“Atas sebab itu kita lihat Pas tidak berani menamakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Felcra Lembang Kesang, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment