My Add

Monday 28 May 2012

Masyarakat perlu sedar taktik Anwar - Rais

*RAIS beramah mesra dengan seorang penduduk, Gan Teck Siang sambil diperhatikan Mohd. Isa Abdul Samad (dua dari kanan) pada Program Mesra 1Malaysia Parlimen Telok Kemang di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA

PORT DICKSON, AHAD, 27 Mei, 2012: Masyarakat perlu sedar dan memahami akan taktik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berbohong mengenai sesuatu fakta termasuk dalam insiden perhimpunan haram Bersih 3.0, 28 April lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kenyataan Anwar yang mendakwa lebih 200,000 orang menyertai perhimpunan itu adalah bohong kerana angka sebenar adalah hanya 22,275 sahaja.

"Bagaimana kita dapat angka ini? Angka ini kita ambil dari udara dengan kerjasama polis dan pihak luar kita gunakan centimeter exposition mechanism photography.

"Dan setiap sentimeter itu, kita bilang kepala manusia dan kita dapat jumlah 22,275, tapi Anwar kata 200,000 lebih. Dari situ apa ertinya? Dari situ kita faham bahawa Anwar adalah orang tidak bercakap benar," katanya ketika berucap merasmikan Program Mesra 1Malaysia Parlimen Teluk Kemang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Rais berkata, perhimpunan Bersih 3.0 lalu yang menurut Anwar tiada keganasan dilakukan oleh peserta juga adalah tidak benar apabila pejabatnya yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan dengan Dataran Merdeka turut dirosakkan.

Sementara itu katanya, Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya yang menghimpunkan lebih ramai peserta tidak mengakibatkan sebarang kesulitan kepada masyarakat atau kerosakan harta benda, berbanding dengan Bersih 3.0 itu.

"Tidak ada satu pun peristiwa buruk berlaku, kita mahu menyatakan sekian ramai kita di Putrajaya, kita berkumpul secara aman dan mencari jalan terbaik bersama belia pelbagai kaum," katanya.

Rais berkata, katanya, masyarakat harus sedar dan tidak terikut-ikut dengan Anwar yang menurutnya cuba merampas kuasa negara dengan cara keganasan dan tipu helah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment