My Add

Monday 7 May 2012

DAP tidak akan sokong Pas

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: DAP tidak akan sesekali menyokong Pas untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Islam sebagai addin atau cara hidup walaupun pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, agak sukar bagi parti itu meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan agama Islam jika tidak mendapat sokongan DAP ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).'

"Kalaupun Pas mahu pinda, dia kena ada majoriti dua pertiga. Tetapi masalahnya Pas mahu bertanding di 60 kerusi sahaja, mana boleh dia dapat majoriti sebanyak itu melainkan disokong DAP dan PKR. Persoalannya adakah DAP hendak sokong?," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang berkata, pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia sekiranya menang pada pilihan raya itu nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment