BUTTERWORTH, JUMAT, 18 Mei, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang warga emas dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi tujuan pemerhatian selama sebulan selepas didakwa cuba membunuh menantunya dan melakukan khianat dengan membakar rumah mangsa.
Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menetapkan demikian selepas peguam Moke Yee Yow yang mewakili tertuduh, Lee Wai Mei, 63, mendakwa anak guamnya itu berada dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan tersebut ke atas Yeoh Kar Tin, 42, pada pukul 4 petang, 8 Mei lalu.
Wai Mei bersama adiknya, Lee Wai Chee, 60, didakwa cuba membunuh dengan cara menikam Kar Tin di rumah bernombor S-527, Blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hussein, Seberang Perai Tengah di sini.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment