My Add

Saturday 19 May 2012

Isteri penculik ditinggal sendirian

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Isteri kepada lelaki yang melarikan diri ke Eropah setelah menyedari diburu polis kerana terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru-baru ini, terpaksa meminta bantuan keluarganya untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Sumber berkata, wanita yang langsung tidak mengetahui telah berkahwin dengan seorang penculik terpaksa berbuat demikian apabila ditinggalkan sendirian di hotel setelah suaminya menghilangkan diri semasa berbulan madu di Perancis.

Beliau berkata, suspek dikenali sebagai Jang Yin Jiang, 24, yang ketakutan selepas mengetahui dia diburu polis antarabangsa (Interpol) melalui akhbar di negara berkenaan, meminta isterinya segera berkemas dengan alasan mahu mencari hotel penginapan baru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment