My Add

Saturday, 19 May 2012

Dua suspek pecah kedai ditahan

*MUHD. Sabri Muhamad menunjukkan telefon bimbit yang dirampas selepas menahan dua suspek kes pecah masuk sebuah premis telekomunikasi di Taman Satelit Bahau pada sidang media di IPD Jempol, semalam.

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat memecah masuk sebuah premis telekomunikasi di Taman Satelit Bahau dekat sini pada 20 April lalu, mengakibatkan kerugian RM17,920.

Antara barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu adalah 200 telefon bimbit, enam komputer riba, enam kamera digital, 100 kotak rokok pelbagai jenama, 100 keping kad prabayar serta wang tunai sebanyak RM1,000.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Muhd. Sabri Muhamad berkata, kedua-dua suspek berusia 24 tahun yang ditahan secara berasingan itu adalah ekoran aduan mangsa yang mendakwa premisnya dipecah masuk. - ITISAN

No comments:

Post a Comment