My Add

Monday 28 May 2012

Duit kerajaan perlu dibayar

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Mei, 2012: Mentaliti tidak perlu membayar hutang dengan institusi pembangunan kewangan (DFI) tempatan kerana wang yang dipinjam adalah milik kerajaan menjadi punca utama entiti-entiti berkenaan dibelenggu hutang besar.

Pengarah Urusan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (M) Bhd. (SME Bank), Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, kegagalan individu dan syarikat melunaskan hutang-hutang hanya akan menyebabkan sesebuah entiti kewangan hilang keupayaan.

‘‘Apabila hilang keupayaan, entiti-entiti kewangan seperti DFI, termasuk SME Bank, tidak mampu memainkan peranan membantu usahawan-usahawan.

‘‘Oleh sebab itu, tidak kira individu atau syarikat-syarikat yang berhutang dengan DFI mesti mengubah mentaliti bahawa duit kerajaan tidak perlu dibayar,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment